BAHASA MELAYU TAHUN 4
Tema :Kesihatan
Tajuk : Kepentingan menjaga kesihatan badan.

REHATKAN MINDA


Cerita 1

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Ahmad telah bertanya kepada murid-muridnya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Ahmad pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah. Jangan pergi mana-mana.

Cerita 2

KASIHANKAN ibu mereka yang kerap mengalih-alihkan muka surat khabar setiap sekali membaca, anak-anak membawa wanita tua itu ke optometri untuk pemeriksaan dan menempah sepasang cermin mata.

Seminggu kemudian, kali pertama memakai cermin mata, bergaya sungguh wanita itu.

Tiba-tiba, anak-anak terkejut melihat emak mereka mencampakkan akhbar hari itu selepas menatapnya beberapa ketika. Kemudian terdengar emak merungut, ”Bila aku pakai cermin mata, mereka cetak huruf besar-besar. Dulu buat kecil-kecil. Menyusahkan orang saja!”
Anak-anak hanya ketawa dalam hati.

Cerita 3

Setelah bersusah payah menyimpan duit bertahun-tahun. Sharif ke bilik pameran Proton untuk menempah kereta idamannya – Proton Exora.

Malang sungguh, selepas dikira… dikira dan dikira, wangnya itu kurang RM10. “Tunggu kejap..” katanya kepada jurujual. Sharif terus ke hulu dan ke hilir, mencari kalau-kalau ada sesiapa yang dikenalinya lalu di situ. Nasibnya baik, dia nampak Leman, rakan sekampungnya.

“Man… pinjam RM10, aku nak beli Proton Exora tu!” kata Sharif.
Leman memandang rakannya itu dari atas ke bawah, kemudian selamba berkata: “Nah, ambil RM20. Belikan aku satu!”

Cerita 4
Seorang ahli biologi sedang mengkaji kebolehan katak puru melompat. Dia melepaskan seekor di dalam makmalnya, dan menyergah katak itu supaya ia melompat. Sepantas kilat katak itu melompat. Kemudian dia mencatat dalam bukunya. ”Katak dengan empat kaki mampu melompat sejauh 160 sentimeter.”


Kemudian dia memotong kaki depan katak itu, lalu menyergahnya. ”Lompat! Lompat! Lompat!!! Bersusah payah katak itu melompat. Jarak lompatannya begitu pendek. Selepas mengukurnya, ahli biologi itu mencatat di dalam bukunya. ”Katak dengan dua kaki hanya melompat 60 sentimeter.”


Kemudian dia memotong kaki belakang katak. Sekali lagi dia menjerit ”Lompat! Katak lompat!!” Tapi katak itu tidak bergerak langsung. Dia terus menjerit, ”Lompat, lompat, lompat!! Namun tidak ada perubahan.

Lalu ahli biologi itu mencatatkan di dalam bukunya, ”Katak tanpa kaki, hilang pendengaran.”


 Game Beads Puzzle 【ツ】 - Games68.com