BAHASA MELAYU TAHUN 4
Tema :Kesihatan
Tajuk : Kepentingan menjaga kesihatan badan.

BANK SOALAN

PEMAHAMAN BAHASA MELAYU TAHUN 4
(40 minit)
Soalan 1- soalan 21
Pilih  jawapan yang paling sesuai.

1. Nelayan itu  __________sotong pada waktu malam.
A.  menjala
B.  mencandat
C.  memukat
D.  menangkap
2. “_________________ akan melawat Cikgu Husin di hospital esok,” kata Chee Meng kepada Cikgu Munira.
A.  Kita
B.  Kamu
C.  Kami
D.  Beliau

3. Ibu _______________ cili padi untuk dijadikan sambal belacan.
A.  memukul
B.  memotong
C.  membelah
D.  menumbuk











4. Datuk terpaksa menggunakan lampu suluh ketika berjalan di waktu malam kerana _____________ .
A.  rabun ayam
B.  muka tempok
C. telinga lintah
D.  mulut tempayan

5. Angin bertiup dengan _____________ dan sekali sekala hujan turun dengan lebat.
A.  laju
B.  pantas
C.  deras
D.  kencang

6. Ayam-ayam itu lari bertempiaran apabila_______________ petani.
A.  menghalau
B.   halaukan
C.  dihalau
D.  terhalau

7. “Abang hendak makan nasi lemak____________bihun goreng?”
tanya Puan Laila.
A.  agar
B.  serta
C.  atau
D.  sambil

8. Di dalam hidangan nasi lemak itu terdapat beberapa ______________ timun.
A. biji
B.  hiris
C.  ulas
D.  keping
9. __________lah datang ke rumah saya hujung minggu ini.
A.  Tolong
B. Jemput
C.  Usah
D.  Jangan
10. “___________, malangnya nasibku!” kata Khadijah setelah anaknya ditimpa kemalangan.
A.  Aduh
B.  Oh
C.  Amboi
D.  Aduhai

11.  Arfan memang ___________kerana selalu menolong ayahnya di kebun sayur.
A.  berat mulut
B.  berat tulang
C.  ringan mulut
D.  ringan tulang

12. Zhi Kang mengait buah rambutan ______________sebatang galah yang panjang.
A.  di
B.  seperti
C.  dengan
D.  ke

13. Pakaian di ampaian_____________ apabila ditiup angin.
A.   terumbang-ambing
B.   bergoyang-goyang
C.  berdenyut-denyut
D.  melambai-lambai


14. Cikgu Nurul  sedang mengajar murid-muridnya_________ di padang sekolah.
A.  berlari
B.  berbual
C.  bersenam
D.  bersiar-siar

15.  Lawatan persatuan itu bertujuan _______ mendedahkan ahlinya_______ cara-cara kitar semula dilakukan.
A.  bagi … pada
B.  dalam … oleh
C.  demi … dalam
D.  untuk … tentang

16. “Kamu hendaklah rajin membaca buku supaya tidak menjadi _________,” kata ibu kepada Yi Yang.
A.  seperti isi dengan kuku
B.  seperti katak di bawah tempurung
C.  seperti cincin dengan permata
D.  seperti nyawa-nyawa ikan

 
17.  Kilang kasut Bata menghasilkan ___________ kasut setiap tahun.
A.  semua
B.  banyak
C.  separuh
D.  beberapa

18. Kakak menuang air kopi ke ____________ cawan.
A.  sisi
B.  atas
C.  luar
D.  dalam

 
19.  Nadia tidak tahan dengan bau______________ kasut sukan abangnya.
A.  masam
B.  hapak
C.  basi
D.  wangi

20. Ramai pelancong berasa kecewa dengan keadaan Pulau Ketam yang ______________.
A.   indah khabar dari rupa
B.   nasi sudah menjadi bubur
C.  seperti bulan dipagari bintang
D.  seperti ular kena palu

21.    Rombongan mereka akan _________ ke Kuala Lumpur dengan bas persiaran.
A. mengangkat
B. berangkat
C. terangkat
D. diangkat

22.    Mereka bergotong-royong mendirikan rumah untuk warga tua itu.
Perkataan seerti bagi mendirikan ialah
A. membina
B. membuat
C. mencipta
D. membentuk

23.    Wak Itam menggigil ketakutan kerana terserempak dengan harimau.
Perkataan berlawan dengan ketakutan ialah
A. kebimbangan
B. kengerian
C. kekuatan
D. keberanian

24.    Anak jutawan itu hanya memerhatikan kanak-kanak sebayanya bermain sahaja sedangkan dia terkurung di ___________ rumah banglonya.
A. luar
B. dalam
C. tepi
D. atas

Soalan 25-26
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
25.
I.    Saya tidak suka makan makanan yang terlalu manis.
II.   Murid baharu itu peramah dan manis senyumannya.
III. Daging kambing enak rasanya tetapi baunya manis.
IV. Masukkan sedikit gula untuk manis masakan itu.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

26.
I.    Sebelum berlari, kami memanaskan badan dahulu.
II.   Sikap memanaskan baran datuknya sudah diketahui ramai.
III. Cuaca minggu ini agak memanaskan, ramai yang kurang sihat.
IV. Kakak memanaskan semula kari yang dimasaknya pada awal pagi tadi.

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

27.    Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Ayah akan membawa kami pergi bercuti semasa cuti sekolah nanti.
A. Apakah yang akan kamu lakukan semasa cuti sekolah nanti?
B. Siapakah yang akan bercuti di sekolah dengan kamu nanti?
C. Ke manakah kamu akan bercuti semasa cuti sekolah nanti?
D. Mengapakah ayah hendak membawa kamu pergi bercuti?

28.    Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Siapakah Perdana Menteri yang digelar Bapa Kemerdekaan Negara?
A. Perdana Menteri yang digelar Bapa Kemerdekaan Negara ialah Tunku Abdul Rahman Putra.
B. Tunku Abdul Rahman Putra ialah Perdana Menteri Negara kita yang pertama.
C. Perdana Menteri Negara kita yang pertama digelar Bapa Kemerdekaan Negara.
D. Bapa Kemerdekaan Negara pernah menjadi Perdana Menteri Negara kita yang pertama.

29. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Datuk mengingatkan Hasmi supaya berhati-hati semasa mengutip buah durian gugur.
A. “Datuk, apabila mengutip buah durian gugur mesti berhati-hati,” kata Hasmi.
B. “Hasmi, ingat, kutip buah durian gugur,” kata datuk.
C. “Hasmi, apabila berhati-hati mesti mengutip buah durian gugur,” kata datuk.
D. “Hasmi, apabila mengutip buah durian gugur mesti berhati-hati,” kata datuk.

30. Pilih ayat yang betul.
A. Adik sedang menangkap tetupai di halaman rumah.
B. Semua jururawat-jururawat di hospital itu sedang mendengar taklimat.
C. Wajah Julia dan adiknya akan-akan sama.
D. Burung helang terbang tinggi di lelangit.


 _________________________________________________________________________

 Baca petikan dibawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.
Pada suatu hari, ada seekor anjing sedang berjalan-jalan mencari makanan. Ketika anjing itu melalui sebuah kedai makan, anjing itu ternampak seketul tulang yang besar. Anjing itu segera menggonggong tulang itu dan berlari pulang ke rumah.
            Sebelum sampai di rumahnya, anjing itu perlu melalui sebuah jambatan yang kecil. Semasa berada di atas jambatan, anjing itu melihat ke arah air sungai. Anjing itu ternampak bayang-bayangnya di dalam air. Namun, anjing itu menyangka itu ialah seekor anjing lain. Bayang yang dilihatnya itu membawa tulang yang lebih besar. Ajing yang tamak itu berasa cemburu. Anjing itu tidak tahu bahawa yang dilihatnya itu ialah bayangnya sendiri. Tanpa berfikir panjang anjing itu melepaskan tulang yang digigitnya lalu melompat ke dalam sungai. Sebaik sahaja berada di dalam air, baru anjing itu tersedar bahawa yang dilihatnya tadi ialah bayang-bayangnya.

 
31. Apakah yang ditemui oleh anjing itu semasa berjalan-jalan?
A. Jambatan
B. Anjing lain
C. Tulang
D. Sungai

32. Bilakah anjing itu sedar bahawa yang dilihatnya tadi ialah bayang-bayangnya?
A. ketika ia berada di atas jambatan
B. sebelum melompat ke dalam sungai
C. sebaik sahaja berada di dalam sungai
D. selepas naik ke tebing

33. Mengapakah anjing itu melompat ke dalam sungai?
A. Untuk membasuhkan tulang
B. Untuk melihat ke arah air sungai.
C. Untuk merampas tulang yang lebih besar
D. Untuk membuang tulangnya

34. Perkataan seerti bagi cemburu ialah
A. tamak
B. gembira
C. susah hati
D. iri hati

35. Apakah pengajaran yang diperoleh daripada petikan ini?
A. Jangan bersikap tamak.
B. Jangan berenang di dalam sungai
C. Jangan membuang makanan
D. Jangan percaya pada cakap orang lain

 _____________________________________________________________

Pertandingan Kuiz Sains Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Daerah akan diadakan pada 30 Oktober 2011, iaitu pada hari Sabtu. Majlis tersebut akan berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Aman, bermula pada pukul 9.00 pagi.
            Setiap sekolah akan menghantar 5 orang wakil. Sekolah-sekolah yang akan bertanding pada hari tersebut ialah:
(a)  Sekolah Kebangsaan Taman Aman
(b)  Sekolah Kebangsaan Taman Maju
(c)  Sekolah Kebangsaan Taman Pauh Jaya
(d)  Sekolah Kebangsaan Taman Permai Indah
Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Majalah Anakku. Pemenang pertandingan ini akan layak untuk bertanding di peringkat separuh akhir. Hadiah-hadiah yang disediakan merupakan piala, sijil penyertaan dan wang tunai. Sekolah yang menjadi juara keseluruhan juga akan menerima sebuah komputer.
Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk minat para murid terhadap mata pelajaran Sains. Selain daripada para murid, ibu bapa juga dijemput untuk menyaksikan pertandingan tersebut.



36. Berapa buah sekolah yang akan bertanding pada hari tersebut?
A. 3 buah sekolah
B. 4 buah sekolah
C. 5 buah sekolah
D. 6 buah sekolah

37. Di manakah pertandingan itu akan diadakan?
A. Sekolah Kebangsaan Taman Aman
B. Sekolah Kebangsaan Taman Pauh Jaya
C. Sekolah Kebangsaan Taman Permai Indah
D. Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

38Berapa orang murid yang akan bertanding dalam pertandingan kuiz Sains ini?
A. 4 orang
B. 5 orang
C. 10 orang
D. 20 orang

39. Apakah tujuan pertandingan itu diadakan?
A. Memupuk minat para murid terhadap mata pelajaran Sains
B. Mengeratkan hubungan di kalangan murid
C. Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
D. Melayakkan murid bertanding di peringkat separuh akhir

40. Perkataan seerti bagi perkata dijemput dalam petikan ialah
A. ditolak
B. diundang
C. ditarik
D. dilawat