BAHASA MELAYU TAHUN 4
Tema :Kesihatan
Tajuk : Kepentingan menjaga kesihatan badan.

NOTA PEMBELAJARAN

KESALAHAN TATABAHASA YANG BIASA DITEMUI

Kesalahan tatabahasa sering dilakukan oleh murid. Jumlah kesalahan tatabahasa yang banyak menunjukkan mereka tidak begitu mahir. Kesalahan biasa ini akan menjejaskan markah . Oleh itu, tidak memandang enteng terhadap kesalahan-kesalahan berikut:-
Kesalahan serius yang kerap dilakukan murid  adalah seperti berikut :
1.    Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana :
Namun, Tetapi, Malah, Manakala
Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana)
…..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)
2.   Memberi kasih sayang: sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja ‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objek bernyawa.3.
3. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. sepatutnya Hal/ Perkara ini menunjukkan……
4.    Ini kerana …… sepatutnya Hal ini demikian kerana…
5.  Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana. ‘justeru’ ialah kata hubung yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.
6.   Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘ialah’ perlu diikuti kata nama nama. ‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.  Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata pemeri ‘adalah’. Sbg contoh: Langkah-langkah yg perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya ….adalah dengan menguatkuasakan………/ adalah utk meningkatkan mutu perkhidmatan… antara kata sendiri nama yg dpt digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)
7.  Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor …… sepatutnya Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah ….. sepatutnya …. Pelbagai langkah…
8.   Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja digunakan. Sebagai contoh: memperbaiki…..sepatutnya …membaiki atau memperbaik.
9.  Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: …dan lain-lain lagi. Sepatutnya…. aktiviti-aktiviti lain. (berdasarkan perkara yang dibincangkan).
10.  Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara. Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. ‘ia’ sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan ……
11.  Masih terdapat murid yang masih menulis …di kalangan…..sepatutnya ‘dalam kalangan’. Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.
12.  Pada masa kini….sepatutnya Pada masa ini, atau Kini,.
13.  Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari itu , sepatutnya … Selain itu,… Sehubungan itu sepatutnya…. Sehubungan dengan itu,…
14.  oleh kerana.. sepatutnya oleh sebab…
15.  Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa, semulajadi sepatutnya semula jadi.

Kesimpulannya:
Perlu memperingatkan murid-murid berhati-hati semasa menulis. Mengamalkan tabiat semakan tatabahasa apabila selesai menulis. 

 _____________________________________________________________________


Kesalahan dari Segi Kata

Kata Ganti Diri

1.      Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.
2.      Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
  • Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
    Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
  • Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
    Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
3.      Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.
  • Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
  • Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
  • Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
  • Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
4.      Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
  • “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
  • “Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
  • “Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )
  • “Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )
5.      Kata mereka  tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
  • Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
  • Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
  • Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
  • Buku-buku  ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
6.      Kata mereka tidak boleh diulang.
  • Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
  • Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
7.      Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
  • Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
  • Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
  • Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
  • Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )

Kata Bilangan

1.      Terdapat 6 jenis kata bilangan:
  • Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
  • Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
  • Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.
  • Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
2.      Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
salah
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai

betul
      a. setengah-setengah orang
      b. tiap-tiap murid
      c. berbagai-bagai warna
      d. kedua-dua mempelai
3.      Kata para tidak boleh diulang.
  • Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
  • Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
4.      Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.
  • dua setengah meter ( salah )
  • dua suku jam ( salah )
  • tiga setengah ringgit ( salah )
  • dua meter setengah ( betul )
  • dua jam suku ( betul )
  • tiga ringgit setengah ( betul )

Penjodoh Bilangan

1.      Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
2.      Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.

SALAH
BETUL
setiap orang murid
semua orang pekerja
seluruh  buah kampung
segala ekor binatang
  sekalian orang peserta
  para orang guru
setiap murid
semua pekerja
seluruh kampung
segala binatang
sekalian peserta
para guru


3.      Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH
BETUL
beberapa buah usul
kedua-dua bentuk sifat
setiap buah sumbangan
semua buah pendapat
segala butir cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
pelbagai bentuk teguran
beberapa usul
kedua-dua sifat
setiap sumbangan
semua pendapat
segala cadangan
tiap-tiap kenangan
pelbagai teguran
 

Kata Sendi

1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada; 
   ke dan kepada .
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang,
    perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

SALAH
BETUL
Devi datang daripada Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.
Ely terima surat dari Elyas
Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.
Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup
Devi datang  dari Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie dari pukul dua.
Ely menerima surat daripada Elyas.
Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.
Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.

3.  Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
     a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
     ~  Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
     b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
     ~  Ayu berkebun di belakang rumah ( betul  )
     c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
     ~  Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
     d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
     ~  Buku itu ada pada Suzie. ( betul )

4.      Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
      Contoh:
      a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
      -  Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
      b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
      -  Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
      c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
      -  Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )