BAHASA MELAYU TAHUN 4
Tema :Kesihatan
Tajuk : Kepentingan menjaga kesihatan badan.

LATIHAN

Baca petikan dibawah kemudian jawab soalan berikut berdasarkan kandungan teks.
Tema : Pentingnya menjaga kesihatan badan
Tajuk : Panduan pemakanan untuk kesihatan

Makanlah pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan mengikut kuantiti yang disarankan. Nikmatilah lebih banyak makanan jenis kekacang dan bijirin. Amalkan dua hingga tiga sajian sayur-sayuran , ulam, dan dua hingga tiga sajian buah-buahan pada setiap hari.
Sayur-sayuran dan buah-buahan kaya dengan vitamin, zat galian dan sumber serat. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak. Banyakkan masakan jenis rebus dan berkukus. Amalkan sajian kurang manis. Nikmati pemakanan seimbang di samping bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.  

1.  Apakah jenis makanan yang perlu kita kurangkan pengambilannya?

2.  Mengapakah kita perlu kurangkan pengambilannya?

3.  Mengapakah kita perlu makan sayur-sayuran?

4. Pada asasnya kita perlu bersenam sekurang-kurangnya berapa kali seminggu?

 5. Kebiasaannya, kanak-kanak tidak gemar makan sayur-sayuran. Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk menarik minat mereka?
 
 Jawapan 

1. Makanan berlemak dan berminyak perlu kita kurangkan pengambilannya.

2. Pengambilan yang berlebihan boleh menjadikan beban kepada badan dan seterusnya membawa    
    pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, gemuk,strok dan sebagainya.

3. Sayur-sayuran kaya dengan vitamin,zat galian dan sumber serat yang baik untuk kesihatan.

4.  Pada asasnya kita perlu bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

5. Kita boleh mempelbagaikan jenis makanan seperti campurkan sayur ke dalam sup atau bubur untuk mereka makan. 


Menjaga Kebersihan

B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

mandi                penting                   kesihatan               kebersihan                dicuci 
dibuang            alam sekitar           menggosok           menghidap               pembiakan

  
           Kebersihan amat 1.__________ dalam kehidupan kita. Setiap orang mesti menjaga 2._________ diri dan alam sekitar. Jika tidak, kita akan mudah 3.__________ penyakit seperti penyakit kulit, cirit-birit, demam denggi dan sebagainya.
    
          Setiap orang harus menjaga kebersihan diri. Kita mestilah 4.__________ sekurang-kurangnya dua kali sehari dan 5. __________ gigi setiap kali selepas makan. Pakaian yang kita pakai haruslah 6.__________ dengan bersih.
    
          Selain itu, kebersihan 7.__________ juga harus dijaga. Sampah sarap harus 8. __________ ke dalam tong sampah. Longkang-longkang rumah perlu selalu dibersihkan supaya menggelakkan 9. __________ nyamuk.
     Amalan menjaga kebersihan amat penting untuk semua orang. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan diri dan alam sekitar agar 10.__________ terjamin.




Jawapan
1. penting      2. kebersihan      3. menghidap      4. mandi      5. menggosok

6. dicuci       7. alam sekitar    8. dibuang        9. pembiakan  10. kesihatan



Latihan ini untuk semua murid Tahun 4. Semak jawapan anda di akhir pautan ini. Selamat mencuba!

A. Pilih jawapan yang sesuai.

1. Sukaneka tadika itu ditangguhkan kerana cuaca ___________.

A. indah      B. mendung      C. terang      D. hitam

2. Baju yang kerap dipakai oleh adik sudah ____________.

A. kelam      B. samar        C. suram       D. lusuh

3. Bayi comel itu tidur dengan ____________ dalam dukungan ibunya.

A. lama       B. diam          C. nyenyak     D. riang

4. Kari ayam yang dimasak oleh ibu itu ___________ rasanya.

A. pedas     B. kelat          C. masam      D. sejuk

5. Sekolah saya ___________ aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

A. menggerakkan B. memberikan C. memperlihatkan D. mengadakan

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata bergaris dengan betul.

6.  I Solehan berasa kecil hati dengan kata-kata ibunya yang berat.

    II Datuk dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit berat.

    III Saya tidak terangkat kotak yang berat itu.

    IV Berat hati Fatimah untuk meninggalkan kampungnya.

    A. I, II dan III sahaja          C. I, II dan IV sahaja

    B. I, III dan IV sahaja        D. II, III dan IV sahaja

7.  I  Gunakanlah alamat ini untuk menghantar surat kepada saya.

    II Cuaca mendung alamat hari akan hujan petang nanti.

    III Tahukah kamu alamat rumah Cikgu Helmi?

    IV Penjenayah itu sedang mencari alamat untuk melepaskan diri.

    A. I, II dan III sahaja           C. I, II dan IV sahaja

    B. I, III dan IV sahaja         D. II, III dan IV sahaja

8.  I Budak yang masih mentah itu tidak tahu tentang kejadian itu.

    II Penduduk kampung gemar makan sayur-sayuran mentah kerana lebih berkhasiat.

    III Kelapa sawit merupakan bahan mentah yang paling banyak dieksport ke luar 
        negara.
    IV Puan Ngou menegur anaknya kerana nasi yang ditanaknya mentah.

    A. I dan IV sahaja           C. II, III dan IV sahaja
    B. II dan III sahaja            D. I, II, III dan IV

Jawapan
1. B    2. D    3. C    4. A    5. D    6. B    7.A     8. C